July 23, 2008
Gelaran Datuk beri inspirasi
KUALA PILAH: Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha, berkata gelaran Datuk tidak akan mengubah dirinya, sebaliknya menguatkan tekad untuk memberi inspirasi kepada generasi muda meminati bidang sains dan teknologi. “Saya amat berbangga dan gembira dengan pengiktirafan ini, namun saya masih seperti dulu,” katanya selepas menerima Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman sempena Hari Keputeraan baginda Ke-86 di Istana