Pagi ini saya berada di Jeddah dan sempat berjumpa dengan Angkasawan Negara yang baru-baru ini selesai menunaikan ibadah Hajinya. Beliau sudah berada di Arab Saudi semenjak awal bulan ini, sibuk memberi taklimat di Riyadh dan juga di Jeddah. Beliau akan berlepas ke Jordan pagi esok untuk memberi taklimat di sana pula.
Pagi ini kami membuat lawatan ke pejabat King Abdullah University of Science and Technology (KAUST www.kaust.edu.sa) dan juga pejabat Malaysian Consulate di Jeddah. Kami sedang cuba mereliasasikan beberapa projek antarabangsa yang akan membangunkan industri aeroangkasa di rantau ini.