Isnin 27hb April, Kami telah membuat lawatan ke pusat menyimpan kapal terbang kepunyaan syarikat Dnest di lapangan terbang Subang. Kami membawa rombongan murid-murid sekolah APIIT melihat bermacam-macam jenis kapal terbang dan juga mempertengahkan aspek keselamatan di situ. Mereka sempat melihat jurutera membaiki enjin pesawat dan juga melihat secara dekat bahagian-bahagian sebuah pesawat. Keseronokan memuncak apabila adik-adik semua dapat memasuki sebuah pesawat jet dan melihat sendiri dek pernebangan pesawat tersebut…woohooo… Kami cukup seronok!!!