Malam semalam ANGKASA menganjurkan Majlis Makan Malam Perhargaan Program Angkasawan Negara di Hotel Equatorial, Bangi. Ketua Pengarah ANGKASA Dr. Mustafa Din Subari memulakan majlis dengan memberikan ucapan beliau sebelum makanan malam dihidangkan. Lebih kurang 250 undangan hadir termasuk 18 daripada 59 calon yang disenarai pendek semasa proses pemilihan Angkasawan Negara. Antara calon yang datang dari jauh adalah Abdul Aziz dari Kuching, Mohd Rizal dari Kota Bharu dan tidak ketinggalan calon tertua iaitu Mohd Anwar dari Seremban. Selepas makan malan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili menyampaikan sijil kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Mej Dr. Faiz Khaleed and kesemua pakar-pakar saintis dan tenaga pekerja yang telah menyumbang kepada kejayaan Program Angkasawan Negara.