MISTI MOSTI Perlis

Dari Kiri: Norhisham bin Ramli, Mej. Dr. Faiz Khaleed
&
Wan Ahmad Jailani bin Wan Ngah

MISTI (Minggu Sains Teknologi & Inovasi) MOSTI Perlis telah berlangsung dari 12hb November hingga 15hb November 2008. Majlis perasmian telah dilancarkan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail di Dewan 2020, Kangar, Perlis pada 13hb November 2008 (Khamis) pada pukul 3 tengahari. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Dr. Md Isa Sabu turut hadir pada majlis perasmian tersebutdi s pada .

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail

MISTI Perlis memberi peluang kepada agensi-agensi dibawah MOSTI untuk memaparkan produk, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk masyarakat umum . Pameran ANGKASA mendapat perhatian ramai terutama di kalangan pelajar-pelajar. Sebuah Mini Planaterium diadakan bertujuan untuk membuat pencerapan suria matahari. Angkasawan Negara, Mej. Dr. Faiz Khaleed dan ahli persatuan (Wan Ahmad Jailani bin Wan Ngah dan Norhisham bin Ramli) turut hadir untuk berinteraksi dengan rakyat umum. Mej. Dr Faiz memberi taklimat dan berkongsi pengalaman beliau sepanjang MISTI yang berlangsung selama 4 hari.

Wan Ahmad Jailani memberi taklimat tentang proses pemilihan

Mej. Dr Faiz Khaleed berkongi pengalaman beliau

Berinteraksi dengan para pengunjung


Cantiknya Suria Matahari!!!


Harap kita bertemu di MISTI berdekatan dengan anda….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *